'Ombak Rindu'

Assalamualaikum, Heyy ! Lama rasanya
Eyda tak update blog ken ? Eh, korang tak rindu ke kat eyda ni ?
*Gedik la aku ni, HAHA*
Okay, Anyway today Eyda nak share sikit pasal title kat atas tu.
'OMBAK RINDU'
Wah , Korang misti excited pasal Ombak Rindu ni kan ?
Alaa, kan sekarang ni diorang kat luar tu asyik story pasal Ombak Rindu ni. So,
Eyda pun gedik jugak nak story pasal Ombak Rindu . *Hehe*
Actually, Eyda dah tengok dah movie ni . Best tau, sungguh menyentuh jiwa. Hoho !
Okay, kat bawah ni ada sinopsis sikit pasal cita Ombak Rindu tu. Kalau
rajin ushar-ushar la kat bawah tu . Don't foget, Like skali okay bila dah
habis baca.*Mengada pulak aku ni, Hoho*
Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Allright, dah habis baca right ? Kalau nak tau lagi kisah
selanjutnya, saksikan movie ini di panggung wayang yang berdekatan dengan
rumah anda dengan secepat mungkin sebelum tiket wayang habis. Hehek !
Okay, That's all . Thank you for reading babe ! HAHA ! K.Boii .

No comments: